BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Wednesday, 5 September 2012

UJIAN HIV TEST UNTUK KAHWIN

alahai susah nya nak buat hiv test weyh..nak tunggu dah lah lama.merata2 aku dah call nak wat test HIV xde yang kosong pon kat KL ni taw.abes tuhw mana nak cari lagi?



SENARAI KLINIK KESIHATAN YANG MENJALANKAN UJIAN HIV WPKL
MASA : 2.00 pagi - 4 .30 petang         ( HARI : ISNIN – JUMAAT)
MASA : 2.45 petang – 4.30 petang     ( HARI : JUMAAT)
Jabatan Kesihatan DBKL – 03 92845166 * (Hari Rabu Sahaja)
KM 4, Jln. Cheras, Kuala Lumpur
Klinik Kesihatan Kuala Lumpur – 03 26155752
Hospital Kuala Lumpur
Klinik Kesihatan Putrajaya – 03 88883057
No. 1, Jln. Presint 9E, Putrajaya
Poliklinik Komuniti Tanglin – 03 26983311
Jalan Cenderasari, Kuala Lumpur
Klinik Kesihatan Cheras – 03 91304583
Batu 4 ½, Jln. Cheras, Kuala Lumpur
Klinik Kesihatan Cheras Baru – 03 42946114
Jln. 16, Kg. Ch eras Baru, Off Jln. Ku ari
Klinik Kesiha tan Batu – 03 62573355
Batu 4 ½, Jln. Ipoh, Kuala Lumpur
Klinik Kesihatan Petaling Bahagia – 03 77829355
Batu 6, Jln. Puchong, Kuala Lumpu r
Klinik Kesihatan Dato’ Keramat – 03 42573333
Jln. Jelatek, Dato’ Keramat, Ku ala Lumpur
Klinik Kesihatan Kampung Panda n – 03 92810272
Jln. Kg. Pandan, Kuala Lumpur
Klinik Kesihatan Pantai, B angsar – 03 22881071
Blok C, Wisma Ghoshen, Plaza Pantai, Off Jln. Pan tai Baru, KL
Klinik Kesihatan Jinjang – 03 62583355
No 2, Jln. 4/16, Jinjang Utara Tamb ahan, kl
Klinik Kesihatan Setapak – 03 41425429
No. 26/28, Jln. 9/23A, Medan Makmur, Setapak, KL
Klinik Kesihatan Sentul – 03 40427557
189 , Jln Perhentian, Off Jln. Hj. Salleh, Sentul, KL
Klinik Kesiha tan Sung ai Besi – 03 90585464
Jalan Besar, Sungai Besi, KL
Klinik Kesiha tan Bandar Tun Razak – 03 91713333
No. 16&18 Jln. Jujur 3 , Bdr. Tun Razak, KL

Monday, 27 August 2012

potong kuku masa haid.


RAMAI yang masih tertanya-tanya tentang isu memotong rambut dan kuku ketika dalam haid. Di sini saya sisipkan jawapan Imam Ibn Taymiah di dalam kitabnya Ghiza' al-albab, 1/382).
Beliau berkata: "Tidak aku ketahui hukum makruh membuang rambut dan bulu dan kuku ketika junub, bahkan Nabi SAW bersabda: "Sesungguhnya seorang mukmin tidak najis (tubuhnya) sama ada hidup ataupun mati", malah Nabi memberitahu: "Buangkan darimu bulu-bulu kufur (yang tidak dicukur semasa kafir) dan berkhatanlah (apabila masuk Islam)."
Maka jelaslah bahawa dibenarkan, bahkan tidak dilarang untuk mencukur atau membuang apa-apa yang lebih daripada kebiasaannya yang tumbuh di tubuh kita.
Oleh kerana arahan Rasulullah tidak menunjukkan sebarang penangguhan cukur selepas mandi. Demikian juga diperintah wanita haid agar menyikat rambutnya semasa mandi junub, yang mana diketahui bahawa dengan menyikat ini boleh menggugurkan rambut (sebelum tamat mandi). Mudah-mudahan jelaslah kepada sidang pembaca tentang persoalan ini.

PINJAMAN KHAS UNTUK KERAJAAN DAN BADAN BERKANUN SAHAJA.MAI LIHAT DULU,SERVUY DULU.

UNTUK KAKITANGAN KERAJAAN,,BADAN BERKANUN,,PESARA KERAJAAN

NAK BUAT PINJAMAN BARU? ATAU NAK OVERLAP(TUTUP PINJAMAN LAMA?ATAU DAH BANKRAP? ATAU BLACKLIST TINGGI? NAK KURANGKAN POTONGAN GAJI DLM ANGKASA? NAK KURANGKAN TEMPOH BAYARAN PINJAMAN SEKARANG? PINJAMAN PESARA KERAJAAN? Kami akan memberi produk bank atau koperasi yg terbaik.Kami adalah tempat pemprosesan pinjaman BANK & KOPERASI DI KL.
 

NASIHAT SAYA,JGN MUDAH TERPEDAYA DGN INTEREST YG RENDAH.JANGAN TAKUT PULA DGN ANGKA INTEREST YG TINGGI.INTEREST RENDAH KERANA ADA YURAN TAMBAHAN YG BELUM DITAMBAH.DAN PIHAK KAMI HANYA MEMBERI YG TERBAIK.
 


www.smartpinjaman.com
 
(INFO PINJAMAN -- ketahui tentang promosi terkini produk pinjaman)

www.smartpinjaman2u.com/?shila
 
(SEMAK KELAYAKAN DAN KIRAAN MELALUI KHIDMAT NASIHAT)--ANDA AKAN DIHUBUNGI OLEH CONSULTANT KAMI.TKASIH.

Saturday, 25 August 2012

jom sembahyang nak :))


"ya allah yatuhanku berikanlah hambamu ini petunjukmu.."
Cara Solat Istikharah

Tata cara solat istikharah lebih kurang sama dengan solat subuh, Hanya niatnya saja yang berlainan, iaitu berniat solat istikharah. dilaksanakan sebelum tidur ataupun setelah bangun tidur. Sangat baik dilakukan sesudah lewat tengah malam disaat sunyi, supaya hati lebih khusyuk dalam mengemukakan permohonan kepada Allah. Solat ini sangat peribadi sifatnya. Sebab itu harus dikerjakan sendirian. Solat ini tidak memakai azan atau iqamah.


Lafaz niat:-

Ushalli Sunnatal Istikharaati Rak’ataini Lillahi Ta’aala
Sahaja Aku sembahyang sunnat istikharah 2 rakat tunai kerana Allah Ta’ala


Rakaat pertama-
Baca surah Al-fatihah dan surah Al-kafirun

Rakaat kedua-
Baca surah Al-fatihah dan surah Al-ikhlas

Selepas salam, bacalah doa yang disarankan dalam istikharah.
Dalam berdoa sebaiknya menyebutkan permintaan yang ingin diberikan petunjuk oleh Allah s.w.t. misalnya: “Ya Allah, jika hal ini….(sebutkan namanya)”



Doa istikharah

Setelah selesai solat, berdoa seperti yang dianjurkan oleh Rasulullah SAW:



Allaahumma inni astakhiiruka bi’ilmika, wa astaqdiruka biqudratika wa as aluka min fadhlikal azhiim. Fa innaka taqdiru wa laa aqdiru, wata’lamu wa laa a’lamu, wa anta allaamul ghuyuub.

Allaahumma inkunta ta’lamu anna haadzal amra khairun lii fii diinii wama’aasyii wa ‘aaqibati amrii, ‘aajili amrii wa aajilihi faqdurhu lii wa yassirhu lii tsumma baarikliifiihi. Wa inkunta ta’lamu anna haadzal amra syarrun lii fii diinii wa ma’aasyii wa ‘aaqibatu amrii ‘aajili amrii wa aajilihi fashrif annii washrifni ‘anhu waqdur liyal khairahaytsu kaana tsumma ardhinii bihi, innaka ‘alaa kulli syai-in qadiir

Ertinya:-

Ya Allah, aku memohon petunjuk memilih yang baik dalam pengetahuanMu, aku mohon ditakdirkan yang baik dengan kudratMu, aku mengharapkan kurniaMu yang besar. Engkau Maha Kuasa dan aku adalah hambaMu yang dhaif. Engkau Maha Tahu dan aku adalah hambaMu yang jahil. Engkau Maha Mengetahui semua yang ghaib dan yang tersembunyi.

Ya Allah, jika hal ini (***) dalam pengetahuanMu adalah baik bagiku, baik pada agamaku, baik pada kehidupanku sekarang dan masa datang, takdirkanlah dan mudahkanlah bagiku kemudian berilah aku berkah daripadanya.

Tetapi jika dalam ilmuMu hal ini (***) akan membawa bencana bagiku dan bagi agamaku, membawa akibat dalam kehidupanku baik yang sekarang ataupun pada masa akan datang, jauhkanlah ia daripadaku dan jauhkanlah aku daripadanya. Semoga Engkau takdirkan aku pada yang baik, sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas setiap sesuatu.”


Thursday, 23 August 2012

ikuti kisah mereka..dan saya hanya berkongsi sahaja.

1. Catriona Ross..

~Semuanya bermula apabila dia menemani sahabat karibnya ke sebuah butik tudung di KLCC pada 14 Julai lalu.


Tergerak hatinya mencuba satu tudung dan ketika melihat wajah di cermin, tiba-tiba terbit satu perasaan pelik hingga bergenang air mata. Sepantas kilat ditanggalkan tudung itu.


Dia yang dihenyak perasaan pilu, hiba dan syahdu kemudian berpusing ke arah temannya seraya spontan meluahkan hasrat mahu memakai tudung. Luahan itu bagaimanapun mengundang tawa sahabatnya kerana menyangka dia bergurau.


"Ketika memandu pulang ke rumah, saya menangis. Sukar untuk jelaskan perasaan saya ketika itu. Sebak, syahdu, hiba, semuanya bercampur-baur. Saya sedar perasaan pelik yang muncul tiba-tiba itu adalah hidayah dari Allah.


"Sepanjang perjalanan, saya tak henti-henti mengucapkan rasa syukur ke hadrat Ilahi. Terharu dan rasa istimewa apabila Allah buka pintu hati saya. Memang sebelum itu pernah terfikir untuk menutup aurat tetapi teragak-agak untuk melaksanakannya.


"Esoknya di rumah, saya gelisah dan rasa serba tak kena. Asyik terfikir untuk memakai tudung dan malamnya saya tidak boleh tidur. Kebetulan pula suami tiada di rumah kerana bertugas di luar Kuala Lumpur, jadi tiada tempat untuk saya mengadu," katanya sambil menghela nafas panjang.


Pagi Jumaat (16 Julai lalu), berjam-jam pelakon yang popular menerusi drama rantaian Sephia ini menyelongkar almari mencari hijab namun kecewa apabila yang ada hanya selendang.


Dia kemudian menghubungi teman karibnya untuk meminjam tudung. Terkejut dengan permintaan itu, temannya mengajak Cat ke butik untuk belikan beberapa helai tudung. Selesai membuat pembayaran, hijab yang dihadiahkan temannya itu terus disarungkan di kepala.


"Sejak itu saya terus bertudung. Tekad saya, sekali bertudung Insya-Allah saya akan kekal begitu hingga ke akhir hayat. Itu prinsip yang saya pegang sejak kecil.
"Apabila pulang ke rumah, suami menyambut saya di muka pintu dan dia terkejut dengan perubahan itu. Dia bertanya adakah saya benar-benar serius. Selepas berkongsi apa yang saya alami dalam tempoh 48 jam itu, dia ternyata gembira dengan keputusan saya.


"Banyak nikmat yang Allah beri kepada hamba-Nya dan apa yang saya mohon selama ini dalam doa dimakbulkan. Masih segar dalam ingatan, selepas terbabit dalam nahas jalan raya, saya tidak putus-putus berdoa supaya boleh berjalan semula dan doa itu Allah perkenankan.


"Kemudian, ada suara sumbang bercakap saya tak boleh hamil kerana mengalami kecederaan teruk dalam kemalangan itu tetapi Allah makbulkan doa saya. Alhamdulillah saya bunting pelamin. Jadi, nikmat Tuhan yang mana lagi nak saya dustakan?


"Saya nekad bertudung kerana tidak mahu terus menerus buta hati. Jiwa saya bagai disiat-siat ketika mendapat hidayah dalam butik itu. Jauh di sudut hati, saya dapat rasakan itu adalah seru daripada Allah.
"Syukur, saat mula-mula pakai hijab hingga sekarang, hati saya tenang dan damai. Ada rasa bahagia yang tidak boleh dizahirkan dengan kata-kata. Ketenangan itu cuma Allah, saya dan teman sehijrah yang faham," kata anak jati Kota Bharu Kelantan ini yang menahan air mata daripada mengalir.

2. Irma Hasmie..

~“Alhamdulillah, sudah sampai masa untuk saya bertudung, sukar nak jelaskan mengapa saya ambil keputusan secepat ini, tetapi ini semua kerja Tuhan, dan bila sudah sampai seru-Nya, saya hanya menerima.


“Kalau boleh, saya tidak mahu cerita saya bertudung terlalu diberi perhatian sebab takut disalahertikan niat sebenarnya, walaubagaimanapun saya yakin lambat laun semua orang akan mengetahui juga.


“Saya bersyukur dan gembira dengan kehidupan saya sekarang, saya lebih tenang dan lebih banyak belajar. Tiada siapa yang memaksa saya tampil begini, semuanya berlaku secara natural. Alhamdulillah, setelah dua minggu pulang ke Malaysia, ramai yang menerima baik niat saya ini,” jelas Irma akui hidupnya kini lebih tenang dan bahagia Irma. Irma akui hidupnya kini lebih tenang dan bahagia


Berdoa di Mekah
Mengerjakan umrah bersama ibu dan adiknya, jelas Irma, dia mengambil kesempatan itu untuk berdoa sebanyak yang mungkin.


“Satu perkataan yang dapat saya gambarkan tentang Mekah adalah Subhanallah. Saya sangat bersyukur diberi peluang untuk menjejakkan kaki ke tanah suci ini.


“Memang seronok berada di sana, saya dapat lihat sendiri betapa hebat dan ajaibnya ciptaan Tuhan. Saya memang tidak mahu melepaskan peluang untuk berdoa, macam-macam doa saya minta.


“Slma 29 tahun saya hidup dibumi ini, saya mohon diampunkan segala dosa yang pernah dilakukan, diberi rezeki dan jodoh yang baik,” jelas Irma yang turut memohon ditenangkan hati setiap masa.

3. Abby Abadi...

~“Takut juga kalau terjadi senario sekejap pakai dan sekejap buka tudung. Tetapi alhamdulillah, dua hari sebelum kembali ke Kuala Lumpur, di depan Kaabah, saya nekad untuk bertudung sekali gus berdoa semoga Tuhan tetapkan iman saya untuk kekal begini buat selama-lamanya. Segala-galanya dipermudahkan.


“Saya juga berharap perubahan ini tidak akan menjadi masalah atau beban kepada orang sekeliling.Apatah lagi hal bertudung ini sering diperkotak-katikkan, terutama apabila ia membabitkan individu yang memilih kerjaya seni untuk mencari rezeki,” katanya sambil memberitahu, sekalipun sudah bertudung, kerjaya seni tetap berjalan seperti sedia kala.

Mengenai kesempatan indah menunaikan umrah buat kali pertama itu, ibu kepada Mohamed Danish Hakim, 9, Marissa Dania Hakim, 7, dan Maria Danisha Hakim, 4, ini bersyukur kerana kembara dan ibadatnya di sana berjalan lancar. Bahkan secara tidak langsung, Abby ke sana seperti membawa hatinya yang lara.
Kata Abby, jika diikutkan, sebelum ini dia memang memasang azam untuk ke Tanah Suci, tetapi mungkin serunya belum tiba ketika itu.Ada saja halangan yang tiba, termasuklah visa yang dimohon tidak dapat diluluskan


.“Namun syukurlah, kali pertama menjadi tetamuNya, kesihatan saya di sana senantiasa baik. Saya juga sempat menunaikan umrah sebanyak tiga kali, mencium batu Hajarul Aswad dua kali, dapat menyentuh Kaabah, memasuki Raudhah dan banyak lagi. Perasaan berada di sana juga tidak dapat digambarkan dengan kata-kata dan saya teruja akhirnya digerakkan juga ke Tanah Suci Makkah selain Madinah
.
“Saya juga tak terkilan sekalipun sebelum ke sana, tawaran berlakon datang mencanak.Hampir lima ke enam tawaran berlakon saya terima, tetapi terpaksa saya tolak secara baik kerana pihak produksi tidak dapat menunggu. Tetapi saya tak ralat dan percaya rezeki tetap ada, insya-Allah.

4. Diana Amir...

~“Saya ambil keputusan ini kerana saya sudah beberapa kali sejak tiga bulan yang lalu diberi petanda dan mimpi buruk tentang hari kiamat.


“Dan mimpi-mimpi tersebut juga mengingatkan saya tentang kematian yang semakin hampir dan perkara itu sering membelenggu hidup saya beberapa bulan kebelakangan ini,”


“Saya tak tahu kenapa perkara itu berlaku kepada saya, mungkin Allah ingin memberi petunjuk dan saya menceritakan semuanya kepada seorang rakan. “Namun selepas itu rakan saya yang berhijrah lebih awal daripada saya,”


“Saya tahu saya masih lemah terutamanya mengenai hal-hal agama, disebabkan itu saya ambil peluang untuk bertemu dengan Irma Hasmie untuk mendapatkan nasihat dia.


“Ketika buat keputusan tersebut saya terus berjumpa David Teo untuk meminta pendapat dia tentang lakonan dan kerjaya saya selepas ini, “Biarpun dia tidak menjanjikan apa-apa, namun saya yakin rezeki adalah ketentuan Allah,”


“Irma juga membawa saya berjumpa dengan Wardina Saffiyah untuk mendapatkan tunjuk ajar dan sokongan mereka,”


Alhamdulillah... ^_^






p/s::::sekadar berkongsi betapa besarnya kuasa allah itu...

Wednesday, 22 August 2012

Selamat haRi Rayer

ok shumew..dekat muka buka,cuit mencuit,blog-blog semua dah ramai cakap pasal raya kann?jeles jeles jeles.
nak jugak boleh?hikhokhikhok..dah lambat la pulak kann padahal harini dah raya keberapa dah.walaweyh.sepanjang raya pertama sampai la sekarang,kerja aku makan je ler.takde kerja lain.amboi.puasenye sebulan bagai nak rak kann..sesi menaikkan badan sekejap je xsampai seminggu dah naik balik.acaner tuwh..mak aih..baju pengantin tak muat nanti weyh.macam nangke dibalut dengan kain putih je nanti.aiyo...ok la,korang beringat sikit yer bila makan di hari raya ni.memang sedap..setahun hanya sekali kan.relax dulu k.hari raya haji ada lagi ok.
ok dah cer baca ni dulu...
bismillahhirrahmannirrahim........
: .. : “Lisan kadang-kadang tak terjaga, Janji kadang-kadang terabaikan, hati kadangkala berprasangka, Sikap kadangkala menyakitkan. harapan ini menjadi indah jika selalu ada maaf diantara kita. Syawal akan menjelang. Mohon Maaf zahir dan Batin”

“Ya Allah, Muliakanlah Saudaraku ini, bahagiakanlah Keluarganya, berkatilah rezekinya, kuatkanlah imannya, berilah kenikmatan ibadahnya, jauhkanlah dia dari segala fitnah. Selamat Hari raya Maaf zahir Batin..”

sedih terasa bila ia meninggalkan kita, "YA ALLAH jadikan la ia hari yg dinanti-nanti, semoga tahun depan ku berkesempatan menemui nya lagi .. aminn ~~



ok...ni untuk semua yang baca entry ni ok..mmuahxxxxx  :*

wahai teman

Temanku sahabatku,
Dari kejauhan ku merindui mu
Dari kejauhan ku merindui senyum tawa mu
Dari kejauhan ingin ku genggam erat jemari mu
Dari kejauhan ingin ku renung sejuk redup matamu
Tapi....
Semua itu bisa kah terjadi..?
Dalam rindu ku ,dalam khayal ku

Temanku sahabatku..
Ku takut pada kenangan lalu.
Kini...adakah teman seperti dulu..
Kini..adakah sahabat seperti dulu..
Apa adakah jurang antara kita?..
Apa adakah batas antara kita?.
Maafkan aku wahai teman..
Jika tafsir ku melukai hatimu.
Maafkan ku wahai sahabat..
Jika soal benakku menyayat jantungmu

Temanku Sahabatku..
Hargailah perhubungan indah ini
Bila terluka nya hati, Maafkan lah...
Bila ada nya keliru, Fahami lah..
Bila ada terleka, Nasihati lah....
Bila tersilap, Tegur lah..

Wahai temanku...wahai sahabatku..
Kita rakamkan kenangan lalu..
Kita terima lah kesilapan..
Tapi jauhi melakukan kesilapan..
Biar tiada penyesalan yang panjang.
Biar keakraban....kita tetap berpadu.